TUISYEN BAHASA INGGERIS DI JOHOR BAHRU

Tentang Kami

‘English for Everyone’ diasaskan oleh Encik Jeff Weight, seorang guru terlatih dari United Kingdom. Dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam mengajar pelbagai peringkat umur, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, sekarang beliau menubuhkan ‘English for Everyone’, salah satu pusat tuisyen yang terbaik di Johor Bahru, Malaysia.

Sebagai seorang pengajar Bahasa Inggeris peribadi, Cikgu Jeff memfokuskan dalam empat kemahiran Bahasa Inggeris yang penting iaitu Pertuturan, Pendengaran, Pembacaan dan Penulisan. Beliau akan memahami keperluan setiap pelajar dan merancang kelas dengan sewajarnya. Pengajaran dirancang untuk setiap individu mengunakan ‘1 to 1’ pelajar-guru interaksi untuk menjamin kejayaan dalam mempelajari Bahasa Inggeris.

Kursus persediaan IELTS akan diajarkan dengan menyeluruh di ‘English for Everyone’ Johor Bahru. Sekiranya anda ingin berjaya lulus ujian IELTS, Cikgu Jeff akan mempersiapkan anda sepenuhnya untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Mengapa 'English for Everyone'?

Setiap pembelajaran dirancang secara individu dengan mengambil kira kekuatan dan kepentingan peribadi anda secara aktif, di samping membantu mengatasi sebarang kesulitan dalam pembelajaran.

Beliau mengenal pasti keperluan pembelajaran dan kepentingan motivasi khusus buat anda untuk memastikan kejayaan anda dalam menangani tugasan akademik yang sukar.

Pembelajaran bahasa Inggeris yang berkualiti tinggi dijamin dengan menggunakan sumber bahasa yang diterbitkan di peringkat antarabangsa dengan sokongan persekitaran pembelajaran yang selamat dan dinamik.

Pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan, membina keyakinan diri agar lebih kukuh bersama perkembangan terbaik dalam semua kemahiran bahasa Inggeris anda untuk kegunaan sosial, akademik dan perniagaan.

Penyertaan aktif dalam setiap pembelajaran akan menjadikan anda sebagai pelajar yang berdikari sepanjang hayat dalam menggunakan bahasa Inggeris untuk memahami dan berkomunikasi di dalam setiap aspek kehidupan seharian.

Kursus IELTS Test Preparation

Lulus Ujian IELTS (International English Language Testing System) adalah sangat penting jika anda merancang untuk belajar atau bekerja di luar negara yang mengunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama. Lebih daripada 2 juta ujian diambil setiap tahun dan keputusannya akan diterima oleh lebih daripada 8,000 organisasi di seluruh dunia, ini menjadikan IELTS sebagai salah satu ujian Bahasa Inggeris terkemuka di dunia.

Setiap Ujian IELTS menilai empat kemahiran berbahasa Inggeris iaitu Pertuturan, Pendengaran, Pembacaan dan Penulisan. Kemahiran utama ini diajar secara pakar oleh Cikgu Jeff, iaitu pengajar IELTS peribadi anda.Tujuan utama ‘English for Everyone’ adalah untuk memberi tuisyen yang terbaik bagi menjamin keputusan IELTS anda yang cemerlang.

Kelulusan ujian IELTS diterima dan diiktiraf lebih dari 140 negara dan mempertingkatkan peluang profesional anda untuk mendapat pendidikan dan pekerjaan yang lumayan di dalam dan luar negara. Sebagai ujian Bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia, IELTS digunakan untuk membuktikan penguasaan Bahasa Inggeris anda ketika membuat permohonan imigresen untuk mana-mana negara yang mengunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.

Melalui pembelajaran dari Cikgu Jeff sebagai pengajar Bahasa Inggeris peribadi anda, anda akan diberi penilaian secara individu untuk merancang pelan pembelajaran setiap kelas, sokongan positif melalui ‘1 to 1’ interaksi dan maklum balas pelajaran dengan segera. Kursus IELTS Preperation ‘English for Everyone’ tersedia untuk anda di Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Jeff.

Temui Pengajar Anda

Dengan pengalaman dalam bidang pendidikan lebih dari tiga puluh tahun, Cikgu Jeff telah berjaya mengajar peringkat dewasa dan pelajar-pelajar dari pelbagai negara .Beliau telah mengajar di sekolah rendah,  sekolah menengah dan baru-baru ini di British Council Singapura untuk tuisyen ‘English as a Second Language’. Cikgu Jeff menjamin kejayaan anda melalui pembelajaran yang berkesan dan menyeluruh.

English 4 everyone tutor cert 1
English 4 Everyone cert 2
English 4 everyone tutor cert 3